Tuesday, October 14, 2008

Buluhmas DIHARAMKAN!!!

HAHAHA...HAHA dan HAHA...aku dan ayah berketawa sakan setelah mendangar berita ini malam semalam kerana tidak berlesen.. Kini masih dalam siasatan..well...Luckily, Ayahku bukan jenis yg percaya benda2 ni..Dulu org cerita swisscash la, saham internet la, skim cepat kaya la..Tapi ayahku buat bodoh sahaja..Ramai org2 disekelilingku menyertainya dgn harapan mendapat keuntungan sekelip mata..Sorry la, ayahku bukan jenis sebegitu..menurut beliau, "tidak ada keuntungan sekelip mata kecuali cabutan BSN"..hahahaha...Ayahku hanya mempercayai saham2 dari bank2 yg diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja..Begitu juga menurut salah seorang pakcikku yg merupakan bekas Pengarah Audit Negeri Sembilan, "jangan percaya saham2 yg bukan2 ni kecuali dari bank2 BNM sahaja.." Nah lihatlah.betapa Swisscash yg dicanang2 kan sebagai syarikat minyak luar negara, rupa2nya hanya sekadar beribu pejabat di Ampang/Bangi sahaja..Haha..Perkara ini telah diberitahu oleh seorang sahabat yg merupakan hacker sambilan sebelum swisscash terkantoi..Aku sudah mengagaknya.. Betapa rakyat Malaysia mudah tertipu, kaumku khususnya..Maaf, ini adalah kenyataan..

Berbalik kepada kisah..Berikut merupakan dialog ayahku dan jiran2 menurut adikku:

P.Cik Adz: Ape ni Abg Syed, Buluhmas diharamkan
P.Cik Syed: Itu le pasal
Ayah: Buluh perindu je le jawabnye..Dulu, tahun 1985 Buluhmas telah diharamkan di Kedah..Ni muncul balik..

Perbualan Ibu & Adik

Adik: Ibu, mesti Pakcik Syed dan adik beradiknya kemaluan..
Ibu: Tau x per
Adik: Poyo je acik Najib kata kata Sultan PERAK masuk RM500,000
Ibu: Iye ker?
Adik: adik rasa auta je..Buang masa Sultan tu kaya2 nak melabur dan membuang duit..
Ibu: Ala, die org Perak die kata Sultan PERAK la..
Adik: Oh..Betul jugak..Ayah cakap tahun 1985 kwn ayah org KEDAH yg cakap..

Kesimpulannya Tipah tertipu lerk.. Jangan la percaya mana2 skim eyh...Abg/adik pakcik Syed sangat bongkak..Meminta jiran kami yg bijak2 beramai2 menyertainya kecuali keluarga aku..Pelik bukan? Mesti mereka mengenali aku yg terlebih info dan berinformasi ini..Haha..Agak riak aku..

Sebenarnya.....jeng3...aku pernah jugak join benda2 ni..tapi dalam nilai yg x berapa tinggi la..dalam berpuluh2 USD sahaja yg dipanggil HYIP..Iaitu High Yield Investment Programme..haha..time untung memang untung..time rugi..lu pikir la sendiri..haha..Menurut seorang pakcikku, nak main, main awal2..Lepas dapat modal keluar..JANGAN TAMAK!! X silap aku, beliau pernah bermain sehingga berpuluh2 ribu.Dan tiada kerugian dialami..hehe.. Cuma, hasil yg diperolehi menimbulkan keraguan..

Kesimpulannya, menabung itu lebih baik..SSPN terutamanya..Lalala~

No comments: